Thursday, December 9, 2010

Ketigapuluhlapan..

Salam.

Dia benar-benar telah pergi.
Apalah daya aku untuk mempertahankan lagi hubungan ini.
Aku sedar aku hanyalah sekadar pengganti.
Aku sangat kecewa dengan apa yang telah berlaku.
'Hadiah' tahun baru untuk aku kali ini benar-benar merobek hati aku.
Terima kasih kerana mengecewakan aku.

*************************************
Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

(1)
Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi kudengari
Kau pergi..pergi..

Sepi tanpa kata
Terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
Apapun kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia

Ulang (1) 2X
Kau pergi..pergi..pergi..

*************************************
Sekian untuk kali ini.

Monday, December 6, 2010

Ketigapuluhtujuh..

Salam.
Sudah sekian lama aku tidak menulis di sini.
Aku agak sibuk dengan tugas-tugas yang tidak akan habis selagi nyawa dikandung badan.
Nanti apabila ada masa yang panjang aku akan kembali lagi.
Sekian untuk kali ini.

Thursday, November 25, 2010

Ketigapuluhenam..

Salam.
Sudah lama rasanya aku tidak menulis.
Aku agak sibuk kebelakangan ini.
Kepada adik-adik yang menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang bermula 23 November 2010, aku ingin mengucapkan Selamat Berjaya.
Sekian untuk kali ini.

Monday, November 22, 2010

Ketigapuluhlima..


Salam.

Kekasih Yang Tak Dianggap. Aku suka lagu ini.

*************************************
Aku mentari
Tapi tak menghangatkanmu
Aku pelangi
Tak memberi warna di hidupmu
Aku sang bulan
Tak menerangi malammu
Akulah bintang
Yang hilang ditelan kegelapan

Selalu
Itu yang kau ucapkan padaku
Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba mengalah
Menahan setiap amarah

Aku sang bulan
Tak menerangi malammu
Akulah bintang
Yang hilang ditelan kegelapan

3X
Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba mengalah
Menahan setiap amarah
Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba bersabar
Kuyakin kau kan berubah

*************************************
Sekian untuk kali ini.

Thursday, November 18, 2010

Ketigapuluhempat..

Salam.
Pagi ini kabus tebal menyelubungi pemandangan sepanjang perjalanan aku ke tempat kerja.
Menyedari kabus yang tebal, aku perlu menjaga keselamatan aku di jalan raya.
Aku memasang lampu.
Tetapi ada juga pengguna jalan raya yang tidak memasang lampu.
Bagi aku, sikap tidak menghiraukan keselamatan diri sendiri dan orang lain akan menyumbang kepada kecelakaan.
Memang aku tidak mempunyai hak untuk memaksa semua pengguna jalan raya memasang lampu, tetapi sebagai langkah berjaga-jaga tidak salah sekiranya lampu kenderaan masing-masing dipasang.
Nyawa tiada galang ganti.
Jadi, ingatlah wahai pengguna jalan raya.
Mencegah itu lebih baik daripada merawat.
Sekian untuk kali ini.

Tuesday, November 16, 2010

Ketigapuluhtiga..

Salam.
Aku sudah boleh menerima kenyataan itu.
Mungkin disebabkan kesunyian dan diabaikan, membuatkan aku terasa sangat sedih apabila diberitakan tentang perkara itu.
Hampir 4 hari aku tidak melakukan latihan jari.
Kasihan dia.
Walaubagaimanapun, aku tetap bersyukur dengan apa yang aku ada pada hari ini.
Dia tetap di hatiku.
Sekian untuk kali ini.

Ketigapuluhdua..

Salam.
Pejam celik pejam celik kita sudah hampir ke penghujung tahun.
Esok pula, umat Islam akan menyambut Hari Raya Qurban @ Hari Raya Haji @ Hari Raya Aidiladha.
Begitu pantas masa menghambat kita.
Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha.
Jika ada tulisan aku yang menyinggung perasaan anda, aku mohon kemaafan.
Kepada pengunjung setia blog aku ini, aku juga ingin mengucapkan terima kasih kerana masih sudi membaca coretan aku yang tidak seberapa ini.
Tetapi persoalannya di sini, blog aku ini ada ke pengunjung setia?
Sekian untuk kali ini.

Monday, November 15, 2010

Ketigapuluhsatu..

Salam.
Aku sering gagal dalam percintaan.
Aku sering mangsa keadaan.
Ketika dia sedang berbahagia, aku menanggung derita.
Sungguh, hatiku terlalu sakit untuk menerima kenyataan ini.
Aku redha.
Dia bukan ditakdirkan untuk aku.
Aku pasrah.
Tetapi akan bahagiakah dia selamanya kerana dia mengecapi kebahagiaan itu di atas penderitaan orang lain?
Semoga Allah membalas segala perbuatan dia.
Aku mesti kuat!
Ya Allah, Kau berikanlah aku jodoh yang terbaik dan beriman yang sudah pasti lebih baik dari dia.
Amin.
Sekian untuk kali ini.

Friday, November 12, 2010

Ketigapuluh..

Salam.
Pejam celik pejam celik hari ini merupakan hari ke-12 dalam Bulan November.
Begitu pantas masa berlalu.
Sekian untuk kali ini.

Thursday, November 11, 2010

Keduapuluhsembilan..

Salam.
Aku sedang mencari pekerjaan yang mampu menjamin masa depan aku dan keluarga aku.
Aku sudah terlalu penat mencari kerja.
Di manakah silap aku?
Sehingga hari ini aku tidak mempunyai pekerjaan tetap.
Aku malu apabila ramai orang sering bertanya tentang pekerjaan aku.
Walau apapun yang terjadi, aku perlu terus berusaha sehingga berjaya.
Ya Allah.
Engkau berilah aku peluang untuk bekerja secara tetap.
Engkau perkenankanlah doaku ini.
Amin.
Sekian untuk kali ini.

Wednesday, November 10, 2010

Keduapuluhlapan..

Salam.
Kadang-kadang aku terfikir apa yang menariknya apabila berFacebook?
Hanya membuang masa.
Kenapa aku berfikiran begitu?
Pada pendapat aku, sekiranya sekadar mencari teman-teman lama untuk bertanya khabar tidak salah.
Tetapi yang menjadi masalahnya adalah apabila ada manusia yang menjadi hamba kepada Facebook ini.
Jangan sampai rumahtangga berantakan, hubungan institusi kekeluargaan dan akhlak runtuh disebabkan Facebook ini.
Facebook tidak salah kerana yang salah ialah diri manusia itu sendiri.
Jangan menyalahgunakan kemudahan yang ada.
Fikir-fikirkanlah.
Sekian untuk kali ini.

Tuesday, November 9, 2010

Keduapuluhtujuh..

Salam.

Lagu Cukup Indah ini cukup puitis bagi aku.

*************************************
Tak pernah aku jauh darimu
Meninggalkan cinta kita
Tak pernah aku meluka hatimu
Perasaan dan jiwamu
Segalanya telah kuserah
Hanya engkau terindah

Korus
Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan untuk dicintai
Kutahu kau mahu ada di hati
Untuk didampingi untuk disayangi

Tiada yang lain selain dirimu
Kekal tinggi di hatiku
Tiada pengganti yang mampu ku cari
Yang secantik diri kamu
Cinta ini untuk dirimu
Rasa ini untukmu

Ulang Korus

Ulang Korus 2X

Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan untuk dicintai

*************************************
Sekian untuk kali ini.

Monday, November 8, 2010

Keduapuluhenam..

Salam.
Ya Allah.
Kau berilah aku kekuatan untuk menghadapi segala dugaanMu ini.
Amin.
Sekian untuk kali ini.

Thursday, November 4, 2010

Keduapuluhlima..

Salam.
Hidup ini terlalu indah untuk dikenang.
Sekian untuk kali ini.

Wednesday, November 3, 2010

Keduapuluhempat..

Salam.
Kenapa ya apabila berkata-kata manusia sering berbohong?
Aku benci dengan manusia yang perangai 'cakap tak serupa bikin'.
Apabila dia boleh bercerita tentang orang lain, tidak mustahil jika suatu hari nanti dia akan jaja cerita tentang aku.
Aku seboleh-bolehnya mahu mengelak daripada bergaul dengan orang seperti ini.
Aku berdoa kepada Allah S.W.T. agar aku dilindungi daripada menjadi bahan bualan orang lain.
Sekian untuk kali ini.

Keduapuluhtiga..

Salam.
Aku sunyi.
Sekian untuk kali ini.

Monday, November 1, 2010

Keduapuluhdua..

Salam.

Apabila aku mendengar lagu Mulanya Di Sini, hatiku pasti terusik.
Aku suka lagu ini.
Ia mengembalikan kenangan yang lalu.

Sungguh syahdu.
Tapi bukan kenangan dalam percintaan.

*******************************************

Tibanya di sini
Bagai terulang lagi
Kisah yang indah
Di antara kita berdua


Sehingga di sini
Tiada berpaling lagi
Kita berteman
Seiring jalan dan sehaluan


Sama-sama menjejak mimpi
Sama-sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama-sama gunung didaki
Sama-sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai


Mulanya di sini
Kukenali dirimu
Sehingga kini
Sehingga ke akhir waktu


Akhirnya di sini
Kukenali hatimu
Sehingga kini
Kita akan terus berlalu


Sama-sama menjejak mimpi
Sama-sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama-sama gunung didaki
Sama-sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai


Di hadapan kita ada jalan
Menuju di kejauhan
Ada sinar menanti
Di penghujung perjalanan ini


Oh... sambil bernyanyi
Mendendang senandung yang syahdu
Riangnya hati dan indah duniaku


Sama-sama menjejak mimpi
Sama-sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama-sama gunung didaki
Sama-sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai

*******************************************
Sekian untuk kali ini.

Keduapuluhsatu..

Salam.
Aku sebenarnya bimbang dengan penggunaan Facebook yang berleluasa.
Baru sekejap tadi aku ada membaca emel yang mengatakan berlaku kes kecurangan suami isteri gara-gara Facebook ini.
Jika tidak dibendung, pasti hancur dan musnah institusi kekeluargaan.
Fikir-fikirkanlah bersama.
Segalanya terletak di tangan kita.
Sesungguhnya yang baik itu sudah pasti datangnya dari Allah S.W.T.
Dan yang buruk itu datangnya daripada kejahilan manusia itu sendiri.
Sekian untuk kali ini.

Friday, October 29, 2010

Keduapuluh..

Salam.
Aku selalu ada masalah apabila berhadapan komputer, aku tidak tahu apa yang hendak ditaip.
Tetapi terasa sangat mahu menaip apabila di hadapan aku tiada komputer.
Selepas ini, apa sahaja peristiwa yang berlaku, aku perlu membuat sedikit catatan agar aku tidak lupa.
Tetapi sesuatu perkara itu akan terlintas di fikiran apabila aku sedang memandu.
Jadi, aku pasti aku akan lupa apa yang terlintas di fikiran apabila tidak memandu.
Dan apa yang pasti, mungkin terlalu banyak perkara yang terlintas di fikiran sehingga tidak tahu apa yang hendak dicoretkan di sini.
Selamat berhujung minggu.
Sekian untuk kali ini.

Thursday, October 28, 2010

Kesembilanbelas..

Salam.
Sungguh aku tidak faham mengapa dia bersikap begitu.
Salahkah aku berkecil hati dengan sikap dia?
Sekian untuk kali ini.

Wednesday, October 27, 2010

Kelapanbelas..

Salam.
Aku sangat rimas apabila soalan yang aku aju dijawab dengan jawapan yang langsung tidak ada kaitan.
Walhal, aku telah mengajukan soalan itu dengan jelas.
Ya aku yakin soalan aku jelas dan mudah difahami.
Sekali dua, aku fikir mungkin soalan aku tidak jelas tetapi jika sudah berkali-kali, apakah maknanya itu?
Tidak memahami soalan aku atau tidak mendengar soalan aku.
Sungguh aku tidak faham.
Percakapan aku dan dia seperti ayam dengan itik.
Sudahnya aku mengiyakan sahaja apa yang diperkatakan.
Sekian untuk kali ini.

Ketujuhbelas..

Salam.
Pagi ini hujan turun agak lebat.
Aku keluar awal dari rumah tetapi terpaksa memandu kereta agak perlahan kerana jalan licin dan air bertakung di sana sini.
Jadi, aku tiba di tempat kerja sama seperti biasa.
Kenapa ya dua tiga hari kebelakangan ini, hati aku sering gundah?
Sekian untuk kali ini.

Tuesday, October 26, 2010

Keenambelas..

Salam.
Hati ini sering terluka.
Aku memerlukan kekuatan untuk meninggalkan dia.
Tetapi sanggupkah aku?
Aku tidak sanggup melukakan hatinya.
Biarlah hati aku yang terluka.
Sekian untuk kali ini.

Monday, October 25, 2010

Kelimabelas..

Salam.
Pejam celik pejam celik, bulan Oktober sudah sampai ke penghujungnya.
Ada banyak sangat perkara yang masih belum selesai.
Aku diburu oleh masa.
Masa yang semakin suntuk.
Masa yang semakin mencemburui aku.
Sekian untuk kali ini.

Friday, October 22, 2010

Keempatbelas..

Salam.
Hati aku terluka lagi.
Terluka dengan sikap dia.
Setiap kali aku berkawan dengan seseorang, hubungan itu tidak akan kekal lama.
Akukah yang bersalah?
Aku telah cuba sebaik mungkin untuk mempertahankan hubungan ini.
Tetapi aku pasti hubungan ini tidak akan ke mana-mana.
Namun, aku tetap berserah kepadaNya untuk memberi aku jodoh yang terbaik.
Sekian untuk kali ini.

Thursday, October 21, 2010

Ketigabelas..

Salam.
Aku hanyalah insan yang lemah yang hanya mampu berserah kepadaNya.
Kejujuran manusia tidak mampu aku terjemahkan dengan mudah.
Hanya kepadaMu aku berserah.
Hanya kepadaMu aku memohon pertolongan.
Aku pasrah.
Sekian untuk kali ini.

Wednesday, October 20, 2010

Keduabelas..

Salam.


Pagi tadi aku mendengar lagu bertajuk Cukuplah Sekali.
Aku suka lagu ini.
Boleh menangis jika hati sedang dilanda keresahan.

*******************************************
Di saat kupinta keputusanmu
Kau masih menanyakan semalamku
Bertanya tentang dia dan kehebatannya
Sedangkan segalanya telah engkau tahu
Tiada rahsia hidupku

(1)
Di saat kulahirkan kekesalan
Sengaja kau mengambil kesempatan
Mengungkit perbuatan dan keterlanjuran
Kau ulang bercerita tentang hati luka
Membuat kurasa berdosa

(2)
Demi masa depan yang kita mimpikan
Hapuskanlah kenangan yang mengusik perasaan
Tiap kali memandangmu tak terhingga kesalku
Maafkan aku sayang menodai kepercayaanmu

Andainya kudapat menarik kembali
Detik-detik hitam yang berlalu
Kesilapan serupa tak akan kuulangi
Cukuplah sekali menyakitimu
Cukuplah sekali kau membenciku

(ulang 1 & 2)



*******************************************
Sekian untuk kali ini.

Kesebelas..

Salam.
Sungguh aku tidak faham dengan sikap dia.
Akukah yang bersalah?
Sekian untuk kali ini.

Tuesday, October 19, 2010

Kesepuluh..

Salam.
Sampai satu tahap aku rasa sangat malas untuk menghadapi karenah manusia yang kadang-kadang suka berlagak tahu semua perkara.
Aku sangat benci untuk menghadapi situasi begini.
Tetapi apakan daya.
Aku perlu menghadapinya dengan hati yang tabah.
Jika aku kurang menyenangi sikap seseorang, aku cuma abaikan dia daripada diari hidup aku.
Kalau dia bercakap dengan aku, aku tidak akan memberi sepenuh perhatian.
Jadi, jangan marah aku kerana bukan aku suka-suka untuk tidak suka kepada seseorang tetapi berpunca daripada sikapnya yang tidak menyenangkan aku.
Salahkah aku jika berperangai begini?
Sekian untuk kali ini.

Monday, October 18, 2010

Kesembilan..

Salam..
Alhamdulillah.
Iklan dah keluar.
Seronok sangat.
Harap-harap ada rezeki aku.
Hampir pukul 1.00 tengah hari / petang sekarang ini, jom rehat.
Jangan lupa solat.
Sekian untuk kali ini.

Kelapan..

Salam.
Dalam hidup ini, terlalu banyak dugaan yang harus aku tempuh.
Aku bersyukur kerana di saat dan ketika ini aku masih lagi bernafas dan berpijak di bumi ini.
Inilah nikmat yang aku perlu syukuri.
Ingatlah, tujuan kita hidup di dunia ini adalah untuk beribadat kepada Allah S.W.T.
Tanpa iman dan akal yang dikurniakan, aku pasti akan tersasar jauh daripada landasan.
Ingatlah Allah itu Maha Mengetahui!
Allah tidak akan menduga hambaNya dengan dugaan yang tidak tertanggung oleh hambaNya.
Setiap dugaan pasti ada hikmah di sebaliknya.
Sekian untuk kali ini.

Ketujuh..

Salam.
Anda pernah bermimpi?
Tentu pernah bukan?
Baru-baru ini aku telah bermimpi.
Agak aneh tetapi mimpi kan mainan tidur.
Aku telah bermimpi aku menunggu ketibaan kapal terbang.
Dalam mimpi tersebut, aku tidak berada di lapangan terbang.
Sebaliknya, aku berada di jalan raya.
Aku menunggu kapal terbang di laluan kenderaan darat!
Ape maksud mimpi itu ye?
Sampai hari ini, aku akan ketawa apabila mengenangkan kembali mimpi tersebut.
Sekian untuk kali ini.

Friday, October 15, 2010

Keenam..

Salam.
Dalam hati ini tertanya-tanya sama ada nukilan kenangan aku ini dibaca oleh orang lain atau tidak?
Terus terang aku katakan, aku mahu berkongsi kenangan aku dengan orang lain tetapi pada masa yang sama aku tidak mahu dikenali.
Aku lebih gemar bekerja di belakang tabir kerana aku seorang yang agak pemalu.
Jika dibandingkan dengan blog lain, mungkin blog aku ini tidak berjaya menarik orang lain untuk singgah dan menjadi pembaca setia blog ini.
Tetapi aku berpegang kepada niat aku semasa memulakan blog ini iaitu aku ingin berkongsi kenangan aku yang mungkin boleh dijadikan iktibar supaya ia tidak berlaku kepada anda.
Sekian untuk kali ini.

Kelima..

Salam.
Hari aku hendak menaip mengenai drama yang mengisi Slot Akasia TV3 pada jam 6.30 petang.
Jujurnya, aku tidak menyukai pelakon yang bernama Fasha Sandha.
Apa yang membuatkan aku menonton drama tersebut adalah kerana aku hendak tahu bagaimana pengakhiran drama tersebut.
Dan juga kerana pelakon yang bernama Adi Putra.
Pada mulanya aku memang tidak mahu menonton drama tersebut tetapi dek kerana insan yang bernama Adi Putra, aku memaksa diri untuk menonton drama tersebut.
Ya, penangan Adi Putra.
Sekian untuk kali ini.

Thursday, October 14, 2010

Keempat..

Salam.
Kebelakangan ini aku selalu lewat ke tempat kerja.
Walaupun begitu, aku masih tiba sebelum pukul 8 pagi.
Cuma aku perlu memandu kereta dengan kelajuan yang tinggi untuk sampai ke destinasi sebelum waktu yang ditetapkan.
Aku tidak suka situasi begini.
Apabila memandu terlalu laju, sudah tentu akan membahayakan nyawa aku dan juga orang lain.
Dan yang paling menyusahkan adalah peningkatan kos minyak.
Selepas ini, aku berharap aku akan keluar dari rumah awal sedikit daripada waktu biasa bagi mengelakkan aku memandu kereta dengan kelajuan yang tinggi.
Sekian untuk kali ini.

Wednesday, October 13, 2010

Ketiga..

Salam.
Wajarkah seorang guru mengeluarkan kata-kata yang kurang menyenangkan kepada anak didiknya?
Wajarkah perkataan seperti bangang dan haprak dilontarkan kepada anak didiknya?
Ya, sebagai manusia, kita tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan seperti itu tetapi sebagai seorang guru yang berwibawa dan berdedikasi, perkataan seperti itu tidak wajar dilontarkan kepada anak didik.
Guru hari ini tidak seperti guru-guru saya sedikit waktu dahulu, bersemangat mengajar tanpa rasa jemu.
Ini hanyalah pendapat saya yang tidak seberapa.
Untuk makluman anda, saya bukanlah seorang guru.
Sekian untuk kali ini.

Kedua..

Salam.
Kenapa ya apabila perkara yang berkaitan cinta, ia mesti akan dikaitkan dengan airmata?
Cinta yang dimaksudkan di sini adalah subjektif. Bukan hanya cinta kepada kekasih hati ya.
Sekian untuk kali ini.

Tuesday, October 12, 2010

Pertama..

Salam.
Hari ini merupakan hari pertama aku menulis.
Dalam blog ini, aku akan berkongsi peristiwa yang berlaku di sekeliling aku walau tidak banyak sedikit pun jadi juga kan?
Aku bukan seorang yang pandai berfalsafah atau bermadah tetapi aku akan cuba untuk menggunakan ejaan yang penuh dan juga bahasa yang mudah untuk dibaca walaupun jari aku meronta untuk menaip menggunakan bahasa sms.
Sekian untuk kali ini.